Assalamualaikum/salam sejahtera.
Post kali ini akan membincangkan secara ringkas mengenai heat sink laptop. Setiap laptop akan mempunyai heat sink yang tersendiri. Fungsi heat sink adalah seperti fungsi radiator di dalam sesebuah kereta. Heat sink akan mengalirkan seberapa banyak haba keluar bagi menyejukkan CPU. Tanpa heat sink sudah tentu laptop akan rosak disebabkan suhu yang tinggi (panas).
Rupa heat sink dan fan laptop.
Oleh itu, penting bagi kita untuk menjaga elok heat sink ini. Heat sink berkait rapat dengan fan daripada segi fungsinya dan kedudukannya dalam sesebuah laptop. Sekiranya heat sink dan fan ini dipenuhi dengan habuk, haba tidak dapat mengalir keluar. Maka, haba akan terpendam dalam ruangan laptop. Kesannya, penggunaan laptop akan menjadi sangat berat. Sampai di suatu tahap, laptop akan terpadam sendiri kerana panas yang melampau. Ini adalah automatik, sesetengah orang akan panik apabila menjadi begini. CPU akan bertindak seperti ECU sesebuah kereta. Apabila capai suhu yang tinggi, CPU akan off laptop secara automatik.
Heat sink + fan laptop yang dipenuhi habuk
Tips bagi mengetahui sama ada habuk adalah, merasai blow angin yang keluar, Jika saya, saya akan meletakkan tapak tangan pada ruangan angin keluar sebaik sahaja on laptop. Ataupun jika kita menggunakan aplikasi yang berat seperti bermain game, suhu akan naik, maka kipas akan secara automatik berfungsi dengan laju yang ditetapkan untuk mengalirkan haba keluar. Semasa itu kita boleh merasa sama ada habuk sudah banyak atau tidak, Sekiranya tiada angin blow, maka cepat servis laptop sebelum part lain terlibat. Kondisi paling teruk adalah motherboard akan rosak akibat suhu yang tinggi. Caj servis kipas laptop bergantung kepada kedai *sekitar RM80. Selalunya, dalam setahun lebih akan dipenuhi habuk pada ruangan tersebut.
Akan terdapat perbezaan yang ketara selepas servis.
1) Laptop menjadi ringan *semasa guna/startup/dll
2)Palm rest tidak panas.
3)Terdengar bunyi kipas berpusing.
4)Angin keluar dengan baik. *akan rasa angin panas blow
Bagi yang mempunyai kemahiran boleh membuat sendiri
Heat sink bagi PC
*Penulis menerangkan melalui pemahaman pembacaan dan pengalaman sendiri. Sebarang pembetulan salah konsep atau penambahan dialukan.
*Bacaan rujukan: http://www.howstuffworks.com/heat-sink.htm
0 comments:
Post a Comment