Saturday, 25 May 2013

Cara Upload Files ke Web Hosting

Assalamualaikum/salam sejahtera. 

Post kali ini akan membincangkan cara untuk upload files ke web hosting. Cara yang akan dijelaskan ini adalah cara yang paling mudah difikirkan oleh saya untuk menjelaskan kepada anda.

Pertama, apakah tujuan kita untuk upload files kita ke web hosting? Sudah tentu untuk memaparkan project website kita dalam medium Internet menggunakan browser (GoogleChrome,Mozilla,IE)

Project website yang kita view tanpa upload ke web hosting itu hanya boleh dilihat oleh kita kerana semua direktori sumber digunakan berada dalam laptop kita. Lihat pada URL nya pun sudah diketahui ianya diambil daripada dalam simpanan laptop kita. Oleh itu, link ini hanya berguna kepada kita sahaja. Ianya seolah-olah program standalone.

OLEH ITU, DISARANKAN AGAR SEMUA FILE PROJECT ANDA DISIMPAN DALAM SATU FOLDER AGAR TIDAK TIMBUL MASALAH SEMASA UPLOAD. JIKA SUSUNAN BERTERABUR, FILE ANDA TIDAK BOLEH DI "INVOKE". PASTIKAN RENAME SEMUA FILE/IMEJ DLL ANDA SERINGKAS YANG BOLEH CONTOH  gambar1, index.html ELAKKAN MENGGUNAKAN NAMA SEPERTI  Laman Utama.html

*PASTIKAN HALAMAN UTAMA ANDA DI RENAME KAN DENGAN INI index.html JANGAN SEPERTI INI LAMAN UTAMA.HTML, INDEKS.HTML


Setelah upload file project kita ke server web hosting barulah kita mendapat URL yang mana boleh diakses dengan menggunakan Internet. Contoh, saya sudah mendapat URL http://ictl.site40.net/



Sebelum upload files kita memerlukan satu software yang penting bagi menghubungkan files kita ke server web hosting. Software yang biasa saya gunakan adalah FileZilla (Client) boleh dimuat turun di sini https://filezilla-project.org/download.php


Kemudian, install software ini mengikut arahannya. Baik, selesai install software ini biarkan dahulu kita fokus kepada web hosting pula. 

Seperti dalam projek saya ini, saya menggunakan web hosting http://www.000webhost.com/. Setiap web hosting memberikan ruang percuma yang berlainan. Web hosting ini memberikan 1.5Gig ruang untuk saya muat naik file saya ke servernya.

Ramai orang salah anggap bahawa files project kita yang dibuat di Adobe Dreamweaver itu perlu diupload ke laman web hosting yang kita daftar seperti upload file di 4shared. Sebenarnya, caranya adalah muat naik ke server web hosting bukannya pada tapak web hosting tersebut. 

Oleh sebab itulah, software FileZilla (Client) ini digunakan untuk kita muat naik files ke server web hosting *akan diterangkan langkah demi langkah.

Selesai mendaftar pada web hosting. Digalakkan untuk membiasakan diri dengan "environment" laman web hosting tersebut. Login pada member area *rujuk URL gambar di bawah.



Selesai login, klik pada Go to CPanel 

Kemudian klik pada getting started information

Klik pada FTP details



Kemudian akan dipaparkan FTP details untuk tapak website yang anda telah daftarkan


Maklumat yang akan kita gunakan adalah FTP host name, FTP user name dan FTP password. Sekiranya anda mempunyai masalah pada bahagian password, dinasihatkan agar klik pada change account password dan  ikut arahannya sehingga dapat password. *saya terpaksa hide detail column sebelah kanan disebabkan privasi. Ingat jangan dedahkan kepada sesiapa sahaja melainkan anda benarkan detail ini.

Setelah mengetahui details tersebut barulah kita membuka aplikasi filezilla yang telah install tadi.


Sekarang saya akan terangkan bagaimana untuk kita upload files project ke server web hosting.

Isikan ruangan ini dengan maklumat yang kita perolehi tadi di tapak laman web hosting. Iaitu, FTP host name, FTP user name dan FTP password.


Kemudian klik pada Quickconnect.

Tunggu sehingga selesai.


Sekarang anda sudah berjaya connect ke server web hosting. Langkah seterusnya hanyalah memindahkan files project ke server tersebut.

Klik pada simbol + klik pada public_html. PASTIKAN ANDA KLIK 2X PADA PUBLIC_HTML. WEB HOSTING INI MEMERLUKAN ANDA UPLOAD KE DALAM FOLDER INI. PASTIKAN TIADA SIMBOL "+" PADA RUANGAN INI.



Kemudian, langkah yang tinggal hanya pilih dan drag sahaja files project anda daripada laptop ke server.



Tunggu sehingga selesai kesemuanya files tersebut dimuat naik ke server web hosting.

Lihat pada status di software filezilla untuk kenal pasti sama ada sudah selesai atau tidak. 

Selesai sahaja. Maka anda bolehlah pergi ke URL yang sudah didaftarkan. 

*Rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/File_Transfer_Protocol untuk memahami apakah itu FTP

*Rujuk video ini 
*Klik pada gambar untuk menjelaskan paparan dalam resolusi lebih besar. 

6 comments:

  1. assalamualaikum...knp tetap xmenjadi ek...??
    da buat ikut step dalam nie...
    harap dapat dibantu..
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam... boleh sy tahu x jadi dekat mana ? maksudnya tak publish dekat url ke? pastikan upload file dekat public_html

      Delete
  2. ha,a bhagian url...buat da dkt situ...bile kite publish...dia kluar balik yg sya msukkn 2...jadi name2 isi dalam folder 2

    ReplyDelete
  3. kalau ada printscreen bagus ni.. sbb x bape jelas x jadi dekat mana..

    Apapun, upload file ke server web hosting successfull tak ? apa kata klau login balik ke server, kemudian delete balik semua file sudah diupload (jika ada)*cek balik dekat public_html

    Then drag balik file tu ke server macam dalam gambar ni http://1.bp.blogspot.com/-u0c1SftuUCk/UaDngM5c0NI/AAAAAAAAAdI/yqduPPAbuTw/s1600/ScreenShot010.jpg

    pastikan upload successful ada tulis dekat ruangan status.

    ReplyDelete
  4. problem solved < pastikan fail utama di renamekan index.html dan jgn lupa delete default_index.php>...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kepada Arshad Yaakub. Pastikan rename fail utama anda betul.

    ReplyDelete