Assalamualaikum/salam sejahtera.
Post ini akan membincangkan secara ringkas mengenai CMOS batery. Setiap komputer/laptop akan mempunyai CMOS batery.
CMOS Batery
Pernahkah date and time settings komputer/laptop anda lari? Contohnya, sebelum jam dan tarikh laptop anda menunjukkan waktu yang betul tetapi tiba-tiba waktu dan tarikhnya berubah.
Sekiranya waktu/tarikh pada laptop anda tidak menunjukkan yang tepat maka ia adalah simpton kepada masalah pada CMOS Batery. Ubatnya? hanya menukar CMOS batery ini.
Antara simpton lain masalah CMOS batery adalah kita akan dapat message CMOS Read Error, CMOS checksum error atau CMOS Battery Failure. Sekiranya ini terjadi cuba biakan laptop/pc anda selama 24jam. Sekiranya terdapat lagi notis message ini, segeralah tukar CMOS Batery.
Saya berkenalan dengan CMOS batery ini pada awal tahun 2000 sewaktu baru2 menggunakan windows xp. Masalah yang timbul pada pc saya, ianya akan tiba2 terpadam sendiri selepas beberapa minit digunakan. Masa dan tarikh juga tidak menunjukkan yang tepat. Kemudian, pergi ke kedai (*waktu ni x tau apa2), kemudian pekerja kedai sebut mengatakan bahawa hanya masalah CMOS batery. Bateri ini hanya sebesar duit syiling sahaja. Kos tukar RM7.
Bagi yang tahu membuka casing pc atau laptop bolehlah menukar sendiri. Pastikan anda beli CMOS batery yang betul menurut arus voltan dan spesifik yang lain.
*Bacaan tambahan: http://www.computerhope.com/issues/ch000239.htm
*Penulis menerangkan melalui pemahaman pembacaan dan pengalaman sendiri. Sebarang pembetulan salah konsep atau penambahan dialukan.
0 comments:
Post a Comment