Bill Gates

"Technology is just a tool. In terms of getting the kids working together and motivating them, the teacher is the most important."

Alan Kay

"People who are really serious about software should make their own hardware."

John Perry Barlow

"The Internet treats censorship as a malfunction and routes around it."

Henry David Thoeau

"Men have become the tools of their tools."

Aldous Huxley

"Technological progress has merely provided us with more efficient means for going backwards."

Sunday, 22 March 2020

Assalamualaikum


 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Illahi kerana saya diberikan kekuatan dan kesempatan untuk membina blog Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini. Tujuan blog ini adalah untuk berkongsi dan bertukar pendapat mengenai subjek ICTL yang diajar di sekolah menengah seluruh Malaysia serta perkembangan ICT kini.

 Bagi menempuh alaf baru ini, setiap individu perlu mempersiapkan diri dengan ilmu teknologi walau apa jua cabangnya. Ilmu yang diperoleh haruslah digunakan ke arah kebaikan dan memberi manfaat kepada semua. Dalam blog ini diletakkan beberapa bahagian iaitu fail PDF, gambar, pembentangan (slide), video dan flash animasi. Pembaca boleh mengambil bahan yang diletakkan. Sebarang komen dan pandangan amat dialu-alukan. Post blog adalah berkaitan dengan isu-isu atau perkembangan ICT seharian kita. Terdapat beberapa post blog diadaptasi daripada blog saya yang lama iaitu http://ozcas-blackinblack.blogspot.com/

 Akhir kata, terima kasih kerana meluangkan masa untuk mengambil sedikit ilmu di blog ini. Wassalam.

Sunday, 8 December 2013

Bagaimana huruf ditukarkan kepada bentuk binary dan sebaliknya.

Bagi kebanyakan pengguna komputer menaip menggunakan keyboard adalah sesuatu yang normal. Bermakna, hanya menekan huruf atau nombor maka akan terpaparlah pada skrin komputer. Sebenarnya, terdapat EMPAT proses utama yang terlibat apabila kita menekan satu huruf untuk dipaparkan pada skrin komputer. Proses ini melibatkan satu term yang sinonim dengan dunia pengkomputeran iaitu binary. Binary adalah sistem nombor yang berasaskan nombor 1 dan 0. Akan dijelaskan mengenai hal ini lebih lanjut dalam post akan datang.

1) Pengguna menekan huruf "y" pada keyboard. 


 


2) Scan code bagi huruf "y" akan dihantar ke system unit.


3) System unit akan menukarkan scan code huruf "y" kepada bentuk ASCII binary code (01111001) dan ianya akan disimpan dalam memori untuk diproses.


4) Selepas diproses, binary code huruf "y" akan ditukarkan kepada bentuk imej "y" seperti dipaparkan pada skrin (output device).

Secara asasnya inilah proses yang terlibat semasa kita menaip setiap huruf. Mungkin bagi sesetengah orang ianya tidak penting untuk diketahui, namun bagi mereka yang mempunyai sifat inkuiri yang mendalam meskipun ICT bukanlah bidang bagi dirinya pasti menjadikan ini setitis ilmu yang baru. 

Diterjemah dan diolah daripada Cashman, Shelly & Vermat (2008). Discovering Computers: How a letter is converted to binary form and back. pg.196

Monday, 3 June 2013

Tips "ringankan" PC PART1

Assalamualaikum/salam sejahtera

*PC merujuk kepada set desktop atau laptop

Pernahkah kita mengeluh apabila menggunakan PC "Adess... lembapnye nak startup, dah tu nak bukak folder pun slow... #$#%#" ? Selalunya apabila terjadi, spec PC akan dipersalahkan, specs tidak bagus lah, RAM tak cukup lah.. CPU x mantap lah.. dan segala macam alasan mak nenek akan dipersalahkan.

Sebelum kita pergi ke situ, lihat dahulu apa yang tersimpan dalam PC kita? Apa yang akan diterangkan adalah tertumpu kepada software. 

1) Buka run dan taip "msconfig" *shortcut run pada windows adalah Logo windows+R

Taipkan msconfig kemudian klik ok

Tujuan buka ini adalah untuk mengenalpasti program yang start automatik sewaktu kita on PC atau dalam bahasa lain, program automatik run sebaik sahaja windows beroperasi.

Paparan system configuration akan keluar

Terdapat cara lain juga untuk memasuki system configuration ini. Ini merupakan cara yang saya fikirkan mudah. Kemudian klik pada Startup

Aplikasi yang automatik run sebaik sahaja windows beroperasi

Untick sahaja pada ruangan yang tidak diperlukan. Diingatkan berhati-hati, pastikan program itu benar-benar tidak diperlukan untuk run apabila PC on. Jika was-was rujuk dahulu atau lebih selamat tidak untick.Klick apply apabila selesai, ianya akan beroperasi selepas PC rebot. 

Analoginya adalah begini, apakah terjadi apabila kita tidak menutup radio, air cond atau alat elektronik yang lain ada dalam kereta. Kemudian, kita hidupkan enjin. Pasti akan terasa berat sedikit. Oleh itu, bagi mengelakkan, kita akan menutupnya terlebih dahulu sebelum mematikan enjin. Begitu juga dengan ini, kita akan menutup mana-mana aplikasi yang tidak diperlukan untuk run bila PC on bagi meringankan RAM bekerja. Kesannya, startup akan menjadi sedikit lancar.

Terdapat juga software yang menawarkan service ini seperti CCleaner/Tuneup utilities.

2) Kurangkan-sekurangnya desktop icon

Ruangan desktop saya

Selalunya kita akan malas untuk menyusun fail-fail atau folder dan hanya letakkan sahaja pada ruangan desktop. Startup windows akan jadi lambat untuk loading icon-icon tersebut. Oleh itu, buat folder dan susun dengan cantik agar mudah dicari. Letak yang penting sahaja.

3) Elakkan penggunaan desktop gajet

Penggunaan desktop gajet juga menyumbang untuk windows startup. Walaupun ianya nampak canggih seperti CPU speed dan pelbagai lagi, namun terdapat perbezaan apabila kita tidak meletakkannya.

Contoh desktop gajet

*Bersambung kepada PART2 dalam masa terdekat. 






Saturday, 1 June 2013

Berkenalan dengan CMOS Batery

Assalamualaikum/salam sejahtera.

Post ini akan membincangkan secara ringkas mengenai CMOS batery. Setiap komputer/laptop akan mempunyai CMOS batery.

CMOS Batery 

Pernahkah date and time settings komputer/laptop anda lari? Contohnya, sebelum jam dan tarikh laptop anda menunjukkan waktu yang betul tetapi tiba-tiba waktu dan tarikhnya berubah.


Sekiranya waktu/tarikh pada laptop anda tidak menunjukkan yang tepat maka ia adalah simpton kepada masalah pada CMOS Batery. Ubatnya? hanya menukar CMOS batery ini. 

Antara simpton lain masalah CMOS batery adalah kita akan dapat message CMOS Read Error, CMOS checksum error atau CMOS Battery Failure. Sekiranya ini terjadi cuba biakan laptop/pc anda selama 24jam. Sekiranya terdapat lagi notis message ini, segeralah tukar CMOS Batery.

Saya berkenalan dengan CMOS batery ini pada awal tahun 2000 sewaktu baru2 menggunakan windows xp. Masalah yang timbul pada pc saya, ianya akan tiba2 terpadam sendiri selepas beberapa minit digunakan. Masa dan tarikh juga tidak menunjukkan yang tepat. Kemudian, pergi ke kedai (*waktu ni x tau apa2), kemudian pekerja kedai sebut mengatakan bahawa hanya masalah CMOS batery. Bateri ini hanya sebesar duit syiling sahaja. Kos tukar RM7. 

Bagi yang tahu membuka casing pc atau laptop bolehlah menukar sendiri. Pastikan anda beli CMOS batery yang betul menurut arus voltan dan spesifik yang lain.

*Penulis menerangkan melalui pemahaman pembacaan dan pengalaman sendiri. Sebarang pembetulan salah konsep atau penambahan dialukan.