Sunday, 8 December 2013

Bagaimana huruf ditukarkan kepada bentuk binary dan sebaliknya.

Bagi kebanyakan pengguna komputer menaip menggunakan keyboard adalah sesuatu yang normal. Bermakna, hanya menekan huruf atau nombor maka akan terpaparlah pada skrin komputer. Sebenarnya, terdapat EMPAT proses utama yang terlibat apabila kita menekan satu huruf untuk dipaparkan pada skrin komputer. Proses ini melibatkan satu term yang sinonim dengan dunia pengkomputeran iaitu binary. Binary adalah sistem nombor yang berasaskan nombor 1 dan 0. Akan dijelaskan mengenai hal ini lebih lanjut dalam post akan datang.

1) Pengguna menekan huruf "y" pada keyboard. 


 


2) Scan code bagi huruf "y" akan dihantar ke system unit.


3) System unit akan menukarkan scan code huruf "y" kepada bentuk ASCII binary code (01111001) dan ianya akan disimpan dalam memori untuk diproses.


4) Selepas diproses, binary code huruf "y" akan ditukarkan kepada bentuk imej "y" seperti dipaparkan pada skrin (output device).

Secara asasnya inilah proses yang terlibat semasa kita menaip setiap huruf. Mungkin bagi sesetengah orang ianya tidak penting untuk diketahui, namun bagi mereka yang mempunyai sifat inkuiri yang mendalam meskipun ICT bukanlah bidang bagi dirinya pasti menjadikan ini setitis ilmu yang baru. 

Diterjemah dan diolah daripada Cashman, Shelly & Vermat (2008). Discovering Computers: How a letter is converted to binary form and back. pg.196

0 comments:

Post a Comment