Assalamualaikum/salam sejahtera
*PC merujuk kepada set desktop atau laptop
Pernahkah kita mengeluh apabila menggunakan PC "Adess... lembapnye nak startup, dah tu nak bukak folder pun slow... #$#%#" ? Selalunya apabila terjadi, spec PC akan dipersalahkan, specs tidak bagus lah, RAM tak cukup lah.. CPU x mantap lah.. dan segala macam alasan mak nenek akan dipersalahkan.
Sebelum kita pergi ke situ, lihat dahulu apa yang tersimpan dalam PC kita? Apa yang akan diterangkan adalah tertumpu kepada software.
1) Buka run dan taip "msconfig" *shortcut run pada windows adalah Logo windows+R
Taipkan msconfig kemudian klik ok
Tujuan buka ini adalah untuk mengenalpasti program yang start automatik sewaktu kita on PC atau dalam bahasa lain, program automatik run sebaik sahaja windows beroperasi.
Paparan system configuration akan keluar
Terdapat cara lain juga untuk memasuki system configuration ini. Ini merupakan cara yang saya fikirkan mudah. Kemudian klik pada Startup
Aplikasi yang automatik run sebaik sahaja windows beroperasi
Untick sahaja pada ruangan yang tidak diperlukan. Diingatkan berhati-hati, pastikan program itu benar-benar tidak diperlukan untuk run apabila PC on. Jika was-was rujuk dahulu atau lebih selamat tidak untick.Klick apply apabila selesai, ianya akan beroperasi selepas PC rebot.
Analoginya adalah begini, apakah terjadi apabila kita tidak menutup radio, air cond atau alat elektronik yang lain ada dalam kereta. Kemudian, kita hidupkan enjin. Pasti akan terasa berat sedikit. Oleh itu, bagi mengelakkan, kita akan menutupnya terlebih dahulu sebelum mematikan enjin. Begitu juga dengan ini, kita akan menutup mana-mana aplikasi yang tidak diperlukan untuk run bila PC on bagi meringankan RAM bekerja. Kesannya, startup akan menjadi sedikit lancar.
Terdapat juga software yang menawarkan service ini seperti CCleaner/Tuneup utilities.
2) Kurangkan-sekurangnya desktop icon
Ruangan desktop saya
Selalunya kita akan malas untuk menyusun fail-fail atau folder dan hanya letakkan sahaja pada ruangan desktop. Startup windows akan jadi lambat untuk loading icon-icon tersebut. Oleh itu, buat folder dan susun dengan cantik agar mudah dicari. Letak yang penting sahaja.
3) Elakkan penggunaan desktop gajet
Penggunaan desktop gajet juga menyumbang untuk windows startup. Walaupun ianya nampak canggih seperti CPU speed dan pelbagai lagi, namun terdapat perbezaan apabila kita tidak meletakkannya.
Contoh desktop gajet
*Bersambung kepada PART2 dalam masa terdekat.