Bill Gates

"Technology is just a tool. In terms of getting the kids working together and motivating them, the teacher is the most important."

Alan Kay

"People who are really serious about software should make their own hardware."

John Perry Barlow

"The Internet treats censorship as a malfunction and routes around it."

Henry David Thoeau

"Men have become the tools of their tools."

Aldous Huxley

"Technological progress has merely provided us with more efficient means for going backwards."

Wednesday, 27 March 2013

Central Processing Unit CPU vs Set Desktop

Assalamualaikum/salam sejahtera.

Term CPU memang sering kali disebut di kalangan pengguna komputer. Namun, term CPU ini telah disalah anggap. Ramai beranggapan bahawa set desktop itu adalah CPU. 

Set Desktop Komputer


Anggapan ini sama sekali salah! CPU atau nama penuhnya adalah Central Processing Unit adalah cip yang mengawal operasi komputer. CPU dipasang pada ruangan yang disediakan di papan induk sesebuah komputer.

Paparan motherboard(papan induk) komputer

Inilah rupa CPU yang sebenar

Mungkin antara kita sinonim dengan nama Pentium3, Pentium4, Intel Core i3/i5/i7. Itulah contoh CPU yang sebenarnya. Bagi mereka sesebuah CPU adalah kerja yang kompleks dan memerluka teknologi yang tinggu. CPU mempunyai beberapa tugas penting iaitu (tanpa terjemahan):

Generally CPU has three main component:
1) Control unit: a) fetch & decode instructions
b) control flow of information between CPU & main memory
c) control operation of CPU internal components.

2) Arithmetic logic unit (ALU): a) carries out all arithmetic & logical operations.

3) Registers: eg. a) Instruction register (IR) – holds the instructions currently being executed.
b) Program counter (PC) – points to the next instruction to be executed.
Other uses- provide temporary storage.

Jadi, mulai saat ini, ayuh kita bezakan antara penggunaan desktop komputer dan CPU.







Monday, 25 March 2013

Tips Keselamatan Menggunakan Internet



Petikan daripada Utusan Malaysia Online arkib 9/8/2010 oleh Firkhan Ali Hamid Ali

INTERNET atau rangkaian komputer awam merupakan satu tempat yang sangat popular digunakan untuk mencari sebarang maklumat atau melakukan pelbagai transaksi dan aktiviti seharian seperti jual beli, perbankan, permohonan, semakan dan pelbagai lagi.

Teknologi Internet ini dibina dengan kaedah protokol rangkaian TCP/IP secara eksperimental oleh beberapa universiti dan agensi kerajaan di Amerika.

Tujuannya adalah untuk merangkaikan komputer secara fleksibel dan mudah tanpa mengambil kira aspek keselamatan bagi kaedah tersebut.

Dengan itu, Internet merupakan satu alat yang sangat popular, mudah dan murah digunakan untuk membuat aktiviti-aktiviti tertentu.

Namun begitu, dari segi keselamatannya ia agak longgar dan tidak terjamin kecuali pengaksesan Internet itu dibuat dengan cara-cara tertentu untuk tujuan keselamatan.

Di sini dibincangkan beberapa cara yang boleh dipraktikkan secara umum untuk akses kepada teknologi Internet secara selamat.

Secara umumnya, tidak mengira apa jenis aplikasi yang dipakai menerusi Internet, data dan transaksinya perlulah dienkripsikan kerana berkemungkinan besar.

Data-data yang diakses menerusi Internet ini boleh dicapai dengan mudah sebelum ia sampai ke destinasinya. 

Jadi, sekiranya ia dapat dicapai, data-data yang dienkripsikan tadi adalah dalam bentuk yang tidak bermakna.

Penceroboh perlu melakukan pecah masuk ke dalam sistem enkripsi data itu terlebih dahulu untuk dia mengetahui apa yang terkandung dalam data-data atau paket-paket tersebut.

Sekiranya data-data atau paket-paket tersebut tidak dienkripsi, segala kandungan dan maklumat yang diperolehi oleh penceroboh tersebut adalah dalam bentuk yang nyata dan jelas.

Sebagai contoh, sekiranya ia dapat kata laluan, By32u2 , itulah data yang penceroboh itu akan dapat.

Isu keselamatan dalam capaian Internet boleh ditangani dengan tiga faktor iaitu polisi atau undang-undang, pendidikan dan perimeter atau teknikal.

Perbincangan ini akan melihat isu keselamatan capaian Internet dari segi teknikal atau perimeternya.

Kompromi akaun perbankan Internet Pengguna Servis komunikasi dan log in dalam Internet yang menggunakan protokol HTTP untuk melayari web, protokol POP3/SMTP dan IMAP untuk e-mel, protokol TELNET untuk capaian sistem komputer daripada komputer lain dan protokol FTP untuk pemindahan fail tidak dienkrip.

Ini bermakna data atau paket yang dihantar dan diterima adalah dalam bentuk teks yang nyata atau clear text.

Jadi, untuk melayari atau masuk atau log in ke dalam laman web yang sensitif terutamanya yang melibatkan transaksi wang, pastikan laman web tersebut menggunakan protokol HTTPS/SSL.

Protokol Secure Socket Layer atau SSL ini akan enkrip data yang terlibat dengan tanda-tanda seperti berikut:-

lAlamat URL web tersebut akan dimulai dengan https:// dan tidak http://.

lPelayar web pula akan melihatkan ikon kunci mangga atau ruang alamat web akan berwarna hijau atau tanda-tanda yang lain.

Penggunaan aplikasi capaian e-mel atau client seperti Outlook dan Thunderbird yang menggunakan protokol-protokol e-mel yang tidak selamat perlu ditambah baik dengan menyertakan sekali dengan protokol keselamatan SSL yang akan mengenkrip sambungan e-mel tersebut.

Namun begitu, penggunaan protokol enkrip ini perlu disokong atau dibenargunakan oleh konfigurasi pada komputer pelayan e-mel tersebut.

Sekiranya begitu, keadaannya dan sistem e-mel itu menyokong akses menerusi web, capaian e-mel boleh dibuat menerusi web dengan menggunakan protokol keselamatan HTTPS/SSL.

Bagi kemasukan ke dalam sistem komputer secara jarak jauh daripada komputer lain menerusi Internet, elakkan penggunaan aplikasi yang menggunakan protokol TELNET.

Gunakan aplikasi untuk kemudahan ini yang berupaya menggunakan protokol keselamatan SSH atau Secure Shell.

Pemindahan fail menerusi Internet seperti muat turun dan muat naik sesebuah fail adalah mudah menggunakan aplikasi FTP tetapi ia tidak selamat kerana data atau fail tersebut tidak dienkrip.

Penyelesaiannya, gunalah aplikasi pemindahan fail menerusi Internet ini yang menyokong protokol keselamatan seperti protokol SSH, SSL with FTP atau SFTP dan SCP.

Namun begitu, penggunaan protokol keselamatan dalam aplikasi pemindahan fail ini perlu disokong oleh komputer pelanggan dan komputer pelayan.

Kemudahan capaian teknologi Internet memberi banyak manfaat kepada manusia untuk menjalankan aktiviti seharian. Namun begitu, secara lalainya atau default ia tidak selamat kerana sejarah pembinaannya adalah untuk kemudahan sambungan di antara komputer-komputer tanpa memikirkan isu keselamatan.

Penggunaan apa sahaja aplikasi Internet secara selamat memerlukan penggunaan protokol-protokol keselamatan seperti SSL, SSH, IPSec dan lain-lain.

Ini kerana, protokol-protokol keselamatan ini akan enkrip data-data, paket-paket dan sambungan daripada komputer anda ke komputer lain menerusi sambungan rangkaian awam ini atau Internet.

Teknologi Internet generasi baru yang menggunakan protokol IPv6, meletakkan protokol keselamatan di dalamnya sebagai sesuatu keutamaan dalam capaiannya.



Sunday, 24 March 2013

Belajar Menggunakan Aplikasi Web Mathway

10 Tips to Avoid Getting Adware




 Toolbar asing serinng mempunyai adware

Adware, malware, spyware and viruses can bring your system to its knees. They are detrimental, lowering the performance of your computer. You might need to replace data. You might lose unique files. Keep the nasties away from your computer using these ten simple tips.


1. Use Firefox: Internet Explorer is the most popular browser on the market, controlling over 50% of the market share. The virus and adware creators specifically look for exploitable vulnerabilities within IE because they know that they will receive the best return on 
investment. Your switch to Firefox prevents some adware from infecting your machine.



2. Scan your PC once a week: Sometimes adware programmers take a sneaky approach. They will set up their programs to run quietly in the background to spy upon your activities. This once a week scan is necessary to remove any of those sneaky bugs.



3. Download from known sites: New sites for installing adware are popping up all the time. If you find something that you want to download, make sure that it is from a known site. A company like Amazon will not steer you wrong, but Bob’s House of Wares might be a little less trustable. If you are not sure whether you can trust a site, perform a quick search.



4. Install Adaware: Ad-Aware is the most popular free adware removal program on the market. It detects, quarantines and removes adware. It searches for other programs which may have been installed, highlighting them in an easy to use interface. This program does not have an anti-virus attached.



5. Do not click on unsolicited email: You are constantly receiving offers to increase this or improve that through unsolicited email. Your curiosity may be killing you, but don’t click on these emails. They accept your click as permission to install adware, spyware and malware on your PC.



6. Install Antivirus software: Installing two programs for virus and adware protection is a smart idea. It caters to the strengths of each program, increasing the overall strength of your antiadware and antiviral campaign. Some of the best antivirus software is free, providing real time protection. Programs to look at would be Avast Antivir and AVG.



7. Don’t install toolbars: Even some reputable sites install custom toolbars. They slow your system down and collect information about your surfing habits. While a toolbar might offer some perks, it may also diminish your experience by dragging your system to a halt. Toolbars from less reputable places install adware and sometimes infect your system outright.



8. Look at your task manager: If anything seems out of place with your computer, take a look at your task manager. This tells you about all of the programs and processes which are running on your computer. Examine the processes tab for anything which you don’t immediately recognize. Perform a web search for unfamiliar processes.



9. Do not click on popups: Clicking on a popup usually spells certain doom for your computer. It opens the door for the viruses and adware that want to infect your machine, telling these malicious applications to make themselves at home. Stay away from those constantly advertised screensavers and icons.



10. Trust your gut: If you don’t feel right about a site, don’t go there. If you are receiving warnings from the antivirus and antiadware programs which you’ve installed, don’t go there. If you don’t like the layout of a site, don’t go there. Trust your instincts about sites.



With proper vigilance, you can keep aggravating adware, spyware and malware from your machine. Trust your instincts. Install Ad-Aware and an antivirus program. Play it safe. The care you spend in preventing adware from infecting your machine can save money and time.



http://en.wikipedia.org/wiki/Adware  what is adware ?



Submitted by Srikanth on Tuesday, 5 October 2010


Menguji Antivirus Dengan Uji Kaji Mudah - EICAR TEST










Langkah pertama: Buka aplikasi notepad (New Text Document.TXT) dan salin (copy) kesemua code dibawah ini dengan tepat. EICAR Test code

X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

Langkah kedua: Namakan file tersebut kepada myfile.com

Langkah ketiga: Jalankan antivirus anda terhadap file tersebut.

Nota* sesetengah antivirus akan mengesan awal pada langkah pertama.

Selamat mencuba! 

Sejarah Komputer

Eniac

 Mark1

 Univac

Abascus

Sedikit mengenai asal usul komputer:

Alat pertama yang digunakan untuk membuat proses pengiraan ialah abacus. Abacus telah direka di Asia tetapi telah digunakan pada zaman kuni Babylon, China dan meluas di Eropah hingga lewat zaman pertengahan. Abacus ialah sistem yang menggunakan biji seperti tasbih pada satu rak bagi operasi penambahan dan penolakan. Pada tahun, 1642 ahli filisofi Perancis dan ahli Matematik Blaise Pascal telah memperkenalkan satu alat pengiraan iaitu Pascaline. Fungsi pascaline juga terhad seperti abascus iaitu hanya boleh melakukan proses penambahan dan penolakan. Kemudian pada kurun ke 17, Gottfried von Leibniz memperkenalkan satu alat yang boleh melakukan proses penambahan, penolakan, pendaraban dan bahagi. Pada tahun 1819, Joseph Jacquard penenun perancis telah menemui pemberian arahan untuk alat penenunnya yang boleh disimpan pada kad dengan ditebuk lubangan padanya. Ketika kad bergerak pada mesen penenun mengikut susunan, jarum melepasi lubang dan memilih benang bedasarkan warna dan susunan yang tepat. Idea menyimpan maklumat pada kad yang ditebuk lubang menjadi pemangkin dalam perkembangan komputer.

Pada awal dan pertengahan tahun 1880, Charles Babbage seorang ahli matematik Inggeris dan sainstis fizik, mereka bentuk dua mesin pengiraan iaitu perbezaan engin dan penganalisa engin. Perbezaan engin secara automatik boleh membuat pengiraan kompleks seperti kuasa nombor(squaring numbers). Babbage hanya membina prototaip pembezaan engin tetapi alat sebenar tidak pernah dihasilkan. Penganalisa engin termasuk input device, memory storage, control unit yang membenarkan arahan-arahan diproses dalam susunan. Kebanyakan kerja Babbage dikenali dengan ditulis oleh rakannya iaitu Ada Augusta. Augusta dianggap sebagai komputer programmer yang pertama. 

Pada penghujung kurun ke 19, U.S. Census Officials memerlukan pertolongan untuk taburan dan bancian data. Herman Hollerith memperkenalkan alat pengiraan yang menggunakan tenaga elektrik dan menggunakan punch kad bagi penyimpanan data. Alat ciptaan Hollerith telah berjaya. Beliau mengasaskan Tabulating Machine Company, yang kemudiannya menjadi syarikat komputer dan teknologi yang dikenali sebagai IBM.
Komputer pertama seperti mesin ialah Mark1. Ia dibina pada tahun 1944, menyertai IBM dan Universiti Harvard di bawah ketua Howard Aiken. Punched cards (kad tebuk) digunakan untuk memasukkan data dalam mesin. Panjang Mark1 ialah 52 kaki, berat 50 tan dan mempunyai 750 000 bahagian. Pada tahun 1946, ENIAC (Electronic Numerical Integrator and Calculator) telah dibina di Universiti Pennsylvania. Ia mengandungi 18 000 saluran vakum dan seberat 30 tan.

Rekaan komputer hari ini menggunakan rekaan yang dibuat oleh John von Neumann pada akhir tahun 1940. Rekaan beliau termasuklah kompenen seperti arithmetic logic, control unit, memory dan input/output devices. Rekaan komputer Von Neumann membolehkan penyimpanan arahan program dan data pada ruangan memori yang sama. Pada tahun 1951, UNIVAC (Universal Automatic Computer) telah dibina dan dijual kepada U.S. Census Bureau.

Sumber: Terjemahan daripada buku D.S. Malik (2008). Java Programming: An Overview of the History of Computers. 2-3.


5 Tips Melindungi Anda di Laman Facebook




5 Tips Melindungi Anda di Laman Facebook
Petikan daripada: 5 Tips protect yourself on Facebook http://www.itnews.com/social-networking/21277/5-tips-protect-yourself-facebook by Sharon Gaudin

Pertama
Fahami langkah-langkah tetapan keselamatan Facebook dan gunakan.
Larry Hawes, seorang penganalisa di Gilbane Group mengingatkan kepada pengguna bahawa mereka perlu mencari tetapan keselamatan Facebook dan meluangkan masa untuk mempelajarinya. Cara untuk mengawal segala maklumat persendirian untuk dikongsi, aplikasi dan laman web yang lain.

Augie Ray, seorang penganalisa di di Forrester Research mengatakan bahawa pengguna perlu mengawal maklumat untuk dikongsi dengan rakan yang lain.

Kedua
Siapa rakan anda?
Disimpulkan bahawa kita perlu tahu siapa rakan kita. Adakah mereka rakan dan ahli keluarga kita?. Pastikan rakan di Facebook ialah orang yang kita percayai. Tak bermaksud bila rakan kita ramai, semuanya berguna. Mungkin ada stalker di kalangan rakan kita. Usah tertipu dengan kecantikan/kekacakan profile picture!!!

Ketiga
Berhati-hati dengan pelbagai aplikasi
Ray telah mengingatkan bahawa pengasas aplikasi di Facebook yang digunakan boleh mengakses data dan data rakan anda.

Ia bermaksud kita perlu berhati-hati untuk membuat kuiz seperti “Would you make a good FBI agent?” atau “What’s the theme song to your high school last year?”

Kita perlu hanya menggunakan aplikasi yang boleh dipercayai. Mungkin kita akan terkejut jika kita dapati betapa banyaknya aplikasi yang telah kita gunakan tanpa tahu kesannya.

Ray menasihati pengguna agar pergi ke Facebook Privacy Settings dan pergi ke Applications and Website link. Di sana pengguna boleh klik pada “Remove Unwanted or spammy applications”.

Keempat
Berhati-hati sebelum kamu taip
Kamu perlu berhati segala post status yang telah dibuat. Pastikan ianya tidak mengganggu hubungan kamu dengan orang lain. Sebagai contoh, keluarga atau majikan. 

Pengguna perlu sedar bahawa apabila mereka post sesuatu yang persendirian pada laman web sosial ia bermaksud maklumat itu akan terpapar pada setiap skrin komputer.


Kelima (Tanpa terjemahan)
*Malicious eyes
Sit down and closely look at your Facebook page and consider what a malicious person could do with any of the information you've posted.
"Try to be objective and ask yourself, 'If I really hated this person or wanted to take advantage of her, is there anything I could do with this information to mess with her?'" said Olds. "If the answer is yes, then consider what kinds of information you're posting on your Facebook page and make the appropriate adjustments."
Analysts also warned users to not post any information that could be used in an identity theft scheme. Avoid listing your birth date, home address, children's names, phone numbers and social security numbers.

Harap dengan sedikit tips ini dapat menjadikan kita pengguna facebook yang berhati-hati. 
*Cara kelima tidak diterjemah, untuk baca keseluruhan sila rujuk link ini http://www.itnews.com/social-networking/21277/5-tips-protect-yourself-facebook

Friday, 22 March 2013

Tips Penjagaan Laptop




Assalamualaikum/salam sejahtera.
Saja nak share sedikit tips penjagaan laptop kita guna seharian.

1) Penjagaan yang paling perlu sekali rupa luar. Kalau tgk laptop kita ni berabuk rajin2 lah lap. Dikhuatiri habuk2 tersebut boleh masuk ke dalam fan selain mata sedap memandang. Untuk membersihkan paparan skrin, gunakanlah cecair yang dijual di pasaran. Bape hinggit je sebotol... perlu ingat LCD screen cleaning kit ni hanya utk LCD tidak sesuai utk body laptop or pc. Kalau saya selalu guna tisu, semburkan pada skrin dan lap berhati-hati, jangan terlampau tekan. Seeloknya bersih skrin sebelum on laptop. (masa on skrin mungkin panas sikit).

2) Sebelum on laptop dengar betul2 bunyi kipas sama ada berpusing atau tidak... Biasanya kalau kita on laptop, kipas akan berpusing dalam beberapa saat. Jika kipas berada dalam keadaan baik akan terasa angin keluar pada lubang angin kipas. Kalau kipas pusing, angin tak blow kluar, gamaknya dah penuh habuk dalam tu... Selalunya saya servis kipas ni dalam setahun sekali macam tu... tapi kalau laptop ada waranty jgn gopoh bukak, ini akan buat waranty kita batal macam tu... (ada sticker kat belakang). Untuk servis kipas bergantung kepada jenis laptop. Ada tu bukak bahagian RAM dah jumpa dah kipas. Ada model kene barai banyak baru jumpa kipas. Kalau dah kene barai banyak dinasihatkan servis di kedai. Kesan kalau angin tak blow, haba akan terkumpul dekat ruangan motherboard. Sampai satu tahap motherboard boleh cair kalau hal ini diendahkan. Perlu ingat harga motherboard ratusan ringgit! (*kalau saya beli laptop baru dah daripada repair motherboard) Kipas laptop ni akan berpusing pada suhu tertentu, kalau kita rasa body laptop dah panas tapi kipas tak pusing  ada something wrong dah tu... Pengalaman guna model Acer Aspire 5633 dulu kene ketuk bahagian kipas tu baru nak pusing.. ahaha.. bila dah panas skrin akan jadi lekat je... lebih2 guna aplikasi yang berat. Laptop akan terpadam sendiri kalau dah terlampau panas. Elakkan daripada hal ini selalu berlsaya.

3) Gunakan software Ccleaner untuk remove apa yg tidak diperlukan. Saya guna software ni tiap2 kali sebelum turn off laptop mesti guna. Macam2 boleh clear, registry pun boleh. Free ni utk digunakan.

4) Disk cleanup & disk defragmenter sebulan/dua bulan sekali.

5) Uninstall mana2 software yang tidak diperlukan. Hati2 install game/aplikasi yang crack ada sesetengah tu mungkin ada melekat malware(malicious software). Install sahaja aplikasi yang betul2 guna.

6) Untuk prestasi bagus kosongkan sikit partition C dan D. Jangan kasi merah menyala sokmo. Boleh terasa laptop berat time nak guna. Kalau ada dokumen atau movie yang simpan gunakan storan luar seperti external hardisk. Untuk partition ni saya selalu biarkan 20-10 gig kosong.

7) Scan virus seminggu sekali! Pastikan scan sekai kedua-dua partition (kalau buat 2 partition). Update selalu antivirus lebih2 kalau guna yang free.

8) Scan juga antiMalware. Saya guna Antimalwarebytes. Bagus software ni. Free dan terbukti pernah menolong saya mengesan dan membuang malware yang melekat.

9) Elakkan load startup yang terlampau banyak. Untuk cek benda ni. Pergi run. Kalau guna windows7 type je run kat logo windows tu. Then type msconfig. Akan keluar system configuration. Untick mana yang x perlu. Hati2 bila untick tsayat2 teruntick yang salah lakk...

10) Buat folder/kemaskan ruangan desktop. Desktop yang semak salah satu faktor startup lambat. Lagi satu, gajet tepi macam cpu meter (selalunya ada pada windows vista dan ke atas). Kalau perasan benda ni pun buat lambat startup. Saya pun x guna benda ni... nampak canggih tapi menggangu prestasi. Terpulang pada cita rasa masing2.

11) Elakkan guna laptop tanpa alas lebih2 atas katil/kusyen/tilam. Haba terpendam je kat ruangan laptop. Kalau tak de table fan tu, letak je buku atau apa2. Kasi ada ruangan sikit kat bawah laptop tu.

12) Kalau startup lambat sangat, mean ada masalah sikit. Sama ada windows atau aplikasi yg digunakan terlampau berat.

*12tips yang terlintas semasa post topik ni. Kalau ada terlintas lagi saya tambah.
*Benda ni kalau jaga konfem laptop dalam prestasi tip top. Takda lambat macam kura2, nak guna pun tak sakit hati.
*sebarang tambahan dan pembetulan amat dialukan.
*adaptasi daripada blog lama